Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia

Gembirakan hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kita.

Misi Bantuan Afghanistan
Misi Bantuan Bencana Banjir
Program Dapur Prihatin Bersama sepanjang PKP
Misi Bantuan Mangsa Tsunami Banten Dis 2018

Profile Pengenalan

Musibah  seperti  kesusahan, kesakitan , penderitaan , kebakaran, banjir, gempa  bumi, kematian  dan  lain-lain  tidak  ada siapa  inginkan  ianya  berlaku. Namun  ia  tetap  terjadi  dengan  kehendak  ALLAH  SWT yang  bermaksud  untuk menguji hamba-hambanya.

Justeru itu, institusi kebajikan dan perubatan menjadi antara sendi utama dalam menyelesaikan segala keperluan dan masalah dalam kehidupan masyarakat.  Jika institusi ini tidak berperanan, maka bagi orang yang lemah pergantungan hatinya kepada Allah, dia rasa amat terseksa, keluh kesah dan menderita dengan kesusahan hidup.

Apabila keadaan mendesak, tidak mustahil dia mengambil jalan keluar yang salah seperti  rompak, curi, tipu, rogol, zina, melacur, rasuah, amuk, dera, bunuh dan lain-lain. Akhirnya ketenteraman dan keamanan di dalam masyarakat tergugat.

YKPPM muncul di tengah masyarakat untuk membantu  dalam  menyelesaikan  dan  mengatasi  permasalahan  tersebut. Fokus  utama YKPPM  ialah  menangani  masalah  gejala sosial,  ketagih  dadah,  warga  emas, anak  yatim, fakir miskin  dan  kebajikan  bagi  yang  tidak berkemampuan dalam penjagaan kesihatan,  rawatan  dan  perubatan  serta membantu  mereka  dari  sudut rohaniah (kejiwaan) untuk berdepan dengan permasalahan  yang  berkaitan.

YKPPM  ditubuhkan  untuk  menyatukan  individu-individu, orang-orang  berkumpulan  atau  syarikat  perniagaan  secara  bekerjasama  menangani  kebajikan  dan  perkhidmatan  perubatan  bagi  golongan  yang memerlukan  bantuan  dalam  semua  lapisan  masyarakat  di  negara  kita  tanpa  mengira agama  dan  kaum. Jika  bantuan  secara  individu  terus  di  sampaikan  kepada  mereka , manafaatnya  sangat  terhad. Sedangkan  jika  ianya  disalurkan  kepada  YKPPM, ia   berkemampuan  untuk  memanfaatkan  sumbangan  itu  secara  lebih  global  seperti  membina  pusat-pusat  pembelaan  kepada  golongan  remaja dan belia  yang  terlibat  dengan  gejala  sosial, anak yatim, fakir miskin serta memberi pelbagai perkhidmatan perubatan melalui pusat-pusat rawatan yang disediakan.

Tuhan  memberikan  ujian  kepada  mereka  sekaligus  memberi  ujian  kepada orang  lain  yang  lebih berkemampuan  untuk  berkorban  membela  mereka  dan  menjadi  penyelamat. Apabila  yang  berkemampuan sanggup   berperanan  dan  berkorban, yang  kesusahan  dan  menderita  akhirnya  terbela, berlakulah  hubungan  rapat  yang  akhirnya  melahirkan  keharmonian  dan  kesejahteraan. Apabila golongan cerdik pandai  yang memiliki   kepakaran dan kebolehan dan  yang  memiliki harta kekayaan sanggup berkorban untuk menyelesaikan tuntutan keperluan hidup golongan  yang  memerlukan, akan lahirlah masyarakat  yang  aman dan sejahtera serterusnya menjadikan negara lebih maju dan makmur .

Sesungguhnya atas rasa tanggungjawab bersama ke arah melahirkan masyarakat inilah, kami menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami menggerakkan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM). 

Latar Belakang

Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan (NGO) dibawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966. Ia turut berdaftar di bawah Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor.

Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan (NGO) dibawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966. Ia turut berdaftar di bawah Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor.

Nama Pertubuhan :
Yayasan  Kebajikan  dan  Perkhidmatan Perubatan  Malaysia (YKPPM)
Tarikh Pendaftaran : 30 Mac 1990
No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM-002-10-30031990

MOTO : ”Gembirakanlah  Hamba  Allah, Nescaya  Allah  Akan  Gembirakan  Kita”

Alamat :
No.18-G, Jalan Desa 9/7, Bandar  Country  Homes, 48000 Rawang, Selangor.

Telefon : 03-67330004
Faks : 03-67338100

MISI

Berjuang ke arah melahirkan sebuah masyarakat penyayang  dan kehidupan aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.

VISI

  1. Mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan dan pembelaan
  2. Menjadi saluran kepada masyarakat yang sama-sama mahu mengambil tangungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan samada  dari aspek kebajikan material, pendidikan dan pembangunan insan juga perkhidmatan dan perubatan.
  3. Mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan di tengah masyarakat agar peranan sebagai penghubung antara golongan yang mahu membantu dengan golongan yang perlu dibantu benar-benar dimaksimumkan.

“Gembirakanlah Hamba Allah Nescaya Allah Akan Gembirakan Kita”


Aktiviti

YKPPM menjadi pusat agihan bantuan makanan dan kewangan untuk golongan yang memerlukan samada melalui program ziarah atau mereka datang mengambilnya.

Pemeriksaan dan rawatan percuma kepada golongan yang kurang mampu di klinik yang bekerjasama dengan YKPPM.

Menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk pasangan golongan asnaf.

Mengusahakan bantuan untuk fakir miskin/anak yatim bawah naungan YKPPM dalam bentuk sumbangan bahan makanan, pakaian hari raya dan keperluan raya setiap kall ketibaan bulan Ramadhan dan Syawal.

Menganjurkan Kem Motivasi untuk remaja yang bermasalah sosial dari semua lapisan masyarakat

Mengusahakan keperluan semasa khususnya anak-anak dan penghuni rumah kebajikan di bawah naungan YKPPM terutamanya untuk persiapan sekolah dan prasarana di awal tahun.

Khidmat kaunseling untuk remaja dan masalah keibubapaan

Membantu mendapatkan keperluan peralatan untuk keperluan pesakit seperti kerusi roda, alat bantuan pernafasan, tongkat dan lain-lain..

Membantu menampung kos bil rawatan hospital untuk pesakit yang tidak berkemampuan.

Golongan yang dibela

  1. Remaja  Yang Terlibat Dengan Gejala Sosial
    Remaja perempuan  yang terlibat dengan pergaulan bebas.
  2. Remaja Lelaki
    Mereka  yang  tidak dapat perhatian dan bantuan seperti bekas penagih dadah, banduan dan lain-lain.
  3. Warga Emas
    Golongan warga emas  yang  tidak memiliki sumber pendapatan atau bantuan dari mana-mana sumber.
  4. Anak-anak Yatim
    Anak-anak kematian  ayah  yang  belum baligh usia dan tidak mempunyai bantuan kewangan dari mana-mana sumber.
  5. Orang  Fakir  Dan Miskin
    Orang  yang  tidak mempunyai pendapatan tetap atau  pendapatan dibawah keperluan atau yang  mempunyai banyak tanggungan.
  6. Golongan  Istimewa
    Orang  yang  istimewa tidak terhad usianya  yang  tidak mempunyai bantuan kewangan dari mana-mana sumber.
  7. Janda  Dan  Ibu  Tunggal
    Yang  tidak mempunyai pendapatan tetap atau pendapatan dibawah keperluan atau  yang mempunyai banyak  tanggungan.
  8. Pelajar Dalam Bidang Perkhidmatan Perubatan
    Pelajar-pelajar  yang tidak mampu membiayai kos pembelajaran.
  9. Golongan  Yang Teraniaya Seperti Mangsa Dera ,Rogol ,Keganasan Rumah Tangga  Dan Lain-lain.
    Mereka  yang  tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau bantuan dari mana-mana sumber.
  10. Orang  Yang Bermusafir
    Orang  yang  bermusafir untuk kebaikan dan tidak mendapat bantuan dari mana-mana sumber.
  11. Pendakwah Yang Membela Agama Allah
    Orang  yang  membuat kerja-kerja kebaikan membela  agama  dan tidak mempunyai sumber yang  tetap dan mencukupi.

SUMBANGAN

Setiap sumbangan adalah amal jariah yang moga membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun

Maybank: 5647 9910 3658

(Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia)
Sumbangan melebihi RM500.00 layak mendapat resit Pelepasan Cukai Pendapatan
(No. Rujukan: LHDN 01/35/42.51/179.6.3642).

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En Amran – 014 3305033
Puan Nonati – 018 2967402
Puan Salina – 018 4697813

“Gembirakanlah Hamba Allah, Nescaya Allah Gembirakan Kita”