Misi Bantuan Afghanistan
Matlamat penubuhan Dana Afghanistan adalah untuk meringankan beban negara tersebut yang sangat kritikal keadaannya.
Wakil YKPPM dan GISBH yang dihantar ke sana melihat sendiri bagaimana
Keadaan ekonomi dan sosial Afghanistan yang kian meruncing. Semakin ramai yang kehilangan pekerjaan. Ada yang sudah empat ke enam bulan tidak menerima sebarang gaji. Mereka yang menjadi pelarian dalaman semakin ramai dan tidur dalam kelaparan.
Ibu tunggal dan anak-anak yatim di sana sangat mengharapkan pembelaan dan keadaan ketua keluarga pastilah lebih tertekan.
Mereka yang berniaga tidak mendapat keuntungan. Bekalan ubat dan perkhidmatan rawatan sangat sangat menyedihkan
Peperangan dan pergolakan selama 40 tahun dahulu benar-benar memberikan impak yang besar kepada penduduk Afghanistan ketika ini.
YKPPM bergabung dengan GISBH cuba membantu bagi meringankan beban mereka ini. Dan pada masa akan datang mereka ini sangat perlu diusahan pelbagai bentuk bantuan seperti bekalan makanan asas, bantuan kesihatan, bantuan rumah anak yatim, pembangunan pendidikan,l dan sokongan pembangunan ekonomi.
Semoga segala usaha ini diberkati Allah dan pastinya sangat bermakna buat mereka hingga berjaya mengukir senyuman di wajah wajah mereka.
InshaAllah Hasrat dan target YKPPM bersama GISBH ingin secara berterusan membekalkan keperluan bahan makanan ke sana.
Manakala untuk jangka masa panjang sangat bercita cita untuk membangunkan sebuah sekolah dan juga hospital di sana.
Sekolah matlamatnya mendidik dan membina insaniah manusia. Bila insaniah terbina akan terbinalah tamadun lahiriah seiring dgn terbangunnya tamadun rohaniah sesuatu bangsa. Di sinilah pentingnya pendidikan atau sekolah dibangunkan.
Manakala Hospital untuk kesihatan jasmani.. kedua-duanya sangat penting utk Islam semakin diwibawakan dan dilihat terbela.
Semoga YKPPM terus aktif memberi khidmat kepada manusia ke seluruh pelosok dunia dengan terus disokong erat oleh GISBH dalam nak menjulang agama Allah dan Rasul sebagai penyelamat dunia lebih lagi di akhirat.