Pendidikan merupakan antara agenda utama di dalam penubuhan YKPPM. Ia menjadi penentu kepada lahirnya generasi pelapis yang bercirikan taqwa dan mampu memimpin dan menerajui negara di masa akan datang.

YKPPM ingin menyayangi anak-anak yatim dan fakir miskin dengan memberikan pendidikan yang sebenar, bukan hanya melambakkan wang ringgit dan keseronokan untuk melupakan kesedihan kerana ketiadaan ibu atau ayah.

YKPPM berharap anak-anak yang dididik ini menjadi generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Berakhlak mulia dan sangat patuh dan takut kepada Allah serta merindui Rasulnya. Menjadi anak soleh/ solehah yang mana doanya menjadi bekalan kepada ibu dan ayah yang sudah pergi.
  2. Berjiwa besar dengan sanggup susah untuk membela agama, bangsa dan negara.
  3. Mampu menjadi pemimpin untuk dicontohi dan diikuti oleh masyarakatnya.

 Atas dasar inilah YKPPM telah bersungguh-sungguh dalam memastikan modul-modul ke arah tujuan ini dilaksanakan di seluruh rumah amal yang dinaunginya.