YKPPM juga menyusun program berkala bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam di kalangan masyarakat antaranya :
- Menganjurkan kursus bina insan secara percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan
- Mengadakan kursus motivasi solat dan rehlah ibadah untuk pelajar-pelajar sekolah
- Menganjurkan Kursus Keluarga Super (bahagia)
- Mengendalikan kursus jenazah dan menguruskan jenazah bagi penduduk setempat.


PROGRAM LAIN YANG AKAN DIJALANKAN
PROGRAM JANGKAMASA PANJANG :
- Membina dan mendirikan sebuah kompleks yayasan untuk pelbagai fungsi.
- Membina pusat-pusat pemulihan bagi remaja ketagihan dadah dan rokok bagi setiap negeri.
- Membuka dan menambah pusat jagaan bagi remaja gejala sosial di setiap negeri.
- Membina sebuah kompleks perkhidmatan dan perubatan YKPPM di Kuantan, Pahang bagi melebarkan sayap khidmat masyarakat YKPPM di kawasan Pantai Timur, Malaysia.
- Membuka rangkaian kedai kesihatan (healthshope) bagi tujuan komersial dan berperanan sebagai tempat informasi YKPPM.
- Menganjurkan seminar atau kursus dalam bidang yang berkaitan
- Menganjurkan kursus intensif atau program bekerja sambil belajar dalam bidang perubatan moden dan alternatif